~*Jantung*~
 
Pernahkah anda terfikir bahawa anda bertuah memiliki 2 organ iaitu JANTUNG yg sihat dan banyak berjasa dan tahukah anda bahawa Jantung memiliki kelebihan yg tidak pernah kita terfikir. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). amanah. Dia tidak pernah mencuri.Jantung ini mempunyai satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, tetap tidak akan mencuri.Apa yang akan terjadi? Kematian.Dan
jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua / penciptanya dan jantung akan mematuhi arahan penciptanya. Dia tidak akan datang lambat. Ia tahu betapa penting dirinya. Ia perlu selalu berinteraksi ,Sekiranya ia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai
jantung - ia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi sekiranya jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Kadang2 kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Walau bongkak mana pun manusia pada penciptanya,tetapi Allah tetap berikan manusia
jantung yg elok supaya ia tetap berfungsi dengan baik.

HARGAILAH
JANTUNG ANDA..(@,@)

WASSALAM...



Islam Pemangkin Sains dan Teknologi


ASTRONOMI

  Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari Al-Quran ke atas ilmu bintang serta kecenderungan orang arab kepada ilmu menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibni Ibrahim Al Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India yang bertajuk Siddharta ke bahasa arab tahun 155H/771M.
  Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa terdapatnya saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi seperti Yakub Ibnu Tariq, Al Khuarizmi, 
Al Battati,Al Farghani. Al Suffi, Al Tusi dan Umar Al Khayyam. Malahan di dapati banyak balai cerapan telah dibina di kawasan -kawasan wilayah Islam. Antaranya di Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Selai itu terdapat juga balai cerapan di Kaherah, Isfahan dan bandar-bandar Islam yang lain.
  Khalifah Al Ma'mun pula telah membina sebuah balai cerapan di Baghdad dan juga di Gunung Gasayun di kota Damsyik. Selain itu Masiruddin Al Tusi pula merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di pusat kaji bintang Umayyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Abu Ishaq Ibn Yahya 
Al Zarqali pula adalah seorang ahli astronomi Andalus. Antara hasil karya beliau ialah Jadual Toledo ( Table Of Toledo ) yang memuatkan singkatan-singkatan maklumat geografi yang berasal dari ptolemy dan Al Khuarizmi. Malahan beliau jugalah yang telah bertanggungjawab mencipta " safihah " sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang diciptakan oleh Mohammad bin Ibrahim Al Fazari.


MATEMATIK

   Salah satu sumbangan sumbangan paling besar sarjana Islam dalam bidang Matematik adalah memperkenalkan sistem angka baru, termasuk angka sifar 
( 0 ). Al Khawarizmi seorang sarjana Islam yang memiliki kepintaran mengubahsuai, mereka bentuk dan memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutamanya angka sifar sehingga menghasilkan "Jadual Al Khawarizmi " dan "Habasy Al Habib "juga mempercepatkan sistem angka ini terkenal di dunia. Malahan karya beliau yang tekenal " Al Kitab 
Al Mukhtasar Fi Hisab Al Jabr Wal Muqaabalah" telah diterjemahkan ke bahasa latin dan dijadikan teks asas yang digunakan oleh Universiti -universiti di barat.
  Malahan tokoh matematik seperti Fibonci, Master Jacob dan Leonardo juga turut terpengaruh serta menceduk teorimatematik Al Khawarizmi dalam kajian mereka. Malah kitab beliau " Hisab Al Khatayan" juga telah diterjemahkan ke bahasa latin oleh Gerard Of Creamona seterusnya diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Dalam pada itu Umar Al Khayyum pula telah memajukan lagi pengetahuan penemuaan Al Khawarizmi dalam memuatkan pecahan-pecahan,persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Malahan proses mengkaitkan al gebra geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya di dalam penulisan Al Khawarizmi.

PERUBATAN

  Zakaria Al Razi ( 865-925 M ) menghasilkan (" Kitab Al Hawi "), Ammar bin Ali 
(" Kitab Al Muntakhab"), Ibn Sina ( " Al Qanun Fi Al Tibb" ), Ali Abnu Abbas Al Majusi 
(" Al Maliki") , Ali Al Tabari (" Firdaus Al Hikmah "), Ibn Rusyd (" Al Kuliyyah") dan Al Baitar yang merupakan pakar terulung dalam bidang ilmu surgeri. Di Baghdad cabang ilmu pengetahuan pertama sekali yang dikaji ialah ilmu kedoktoran dan ilmu perubatan.
  Khalifah Harun Al Rashid ( 170H/786M - 193H/809M) banyak mendirikan
hospital- hospital di Kaherah, Mesir pada zaman Ibn Tulun yang mengasingkan wad lelaki dan wad wanita. Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membina hospital khas bagi penyakit kusta.
   Ibn Al Nafis pula adalah seorang doktor dan pakar bedah.Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Dalam kajian beliau mendapati bahawa darah beredar antara jantung dan paru-paru dan seklaigus membetulkan teori Galen Yunani. Selain itu Al Nathr pula telah mempelajari ilmu perubatan dari ayahnya Al Harith, beliau telah menghasilkan pil-pil bagi rawatan penyakit kuning.
  Antara sarjana lain yang mahsyur dalam ilmu perubatan ini ialah Zahrawi (" Kitab Al Yasrif") dan Ibn Al Quff (" Kitab Al Umbda") merupakan pakar bedah yang menggunakan pelbagai peralatan surgeri rekaan sendiri dan hasil ciptaan dan karya mereka telah dijadikan rujukan di Eropah sejak berabad lamanya.

KIMIA

Ahli Kimia paling awal ialah Khalid Ibn Yazid ( abad ke- 7 ) cucu Muawiyah Khalifah Umaiyyah pertama. Khalid bukan sahaja mengambil langkah menterjemahkan teks kimia Iskandariah, tetapi beliau juga menghasilkan buku-buku tentang Kimia.
Pada abad ke- 8 pula, Jabir Ibn Hayyan menghasilkan penulisan mengikut doktrin Jabir . Himpunan hasil-hasil penulisan dikenali sebagai Korpus Jabir. Antara lain ialah "kitab Al Sab'in dan Al Mizan" merupakan asas perkembangan Kimia latin pada abad ke -15 M.
  Malahan Jabir telah mengemukakan kaedah percubaan sains. Antaranya ialah kaedah sejatan, penyulingan, pemejalwapan,penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Selain itu Jabir adalah orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain. Pengkaji sejarah terkemuka Holmyard, telah mengesahkan fakta bahawa Jabir adalah pengasas dan bapa kimia moden.


KEJURUTERAAN

  Kajian-kajian membuktikan banyak sumbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah khususnya Sepanyol dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan, Kubah dan masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidology dan beberapa buah terusan telah dibina. Terusan utama ialah terusan yang menyambungkan Sungai Nil dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan masa selama 6 bulan dan panjangnya kira-kira 110 km. Teknologi air bawah tanah diusahakan di Parsi.
   Dalam pada itu seorang lagi jurutera Islam iaitu Al Biruni adalah peneroka bidang sains tabi'e Islam yang ternama. Beliau merupakan pengasas teknologi sains sukat setelah berjaya menentukan ketumpatan spesifik kepada lapan belas mineral dan batu batan. Dalam teknologi pelayaran, telah membawa pedagang-pedagang dan pendakwah ke seluruh pelusuk dunia seperti china di timur hingga ke England dan Ireland di barat.

sumber dipetik: Bicara Sains & Matematik berdasarkan Al Quran
susunan oleh : saudara Mohd Hafizy Ramly
 

Related Posts with Thumbnails


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.