~Alat Pembedahan zaman dahulu kala~

 
 Salam kecerian to all n slamat pagi dunia....hari ni kita berlegar-legar ke laman sains perubatan pula...semalam asyik membelek-belek sebuah buku tiba-tiba terjumpa info di bawah ni..tu yg berminat nk kongsi bersama kawan-kawan semua..ok..3...2..1 roll and action!!!
 
Artificial Leech (1840)
Alat ini digunakan untuk mengubati penyakit mata dan telinga.

Backward "Scissors (1500)
Backward sejenis Gergaji yang digunakan untuk memotong anggota manusia.




Combating Hernia (1850)
 Alat ini dimasukkan ke bahagian tubuh manusia yang diserang penyakit hernia dan akan dibiarkan dalam beberapa minggu, kemudian alat ini akan dikeluarkan, dan luka bekas penggunaan alat ini akan menyembuhkan hernia.


"Compass" for The Exact Location Bullets In The Body (1915)
Alat yang berbentuk kompas ini digunakan untuk menandai mana-mana bahagian anggota yang terkena peluru pistol atau senapang.

.
Double Guillotine (1860)
Double Guillotine digunakan untuk mencabut tonsil.
 
Knive for Cutting (1770)
Gunting dan pisau selalu digunakan ketika pembedahan.
 
Manual Trepanation Skull (1800)
Alat yang digunakan untuk menebuk tengkorak kepala dan bahagian2 dalam kepala.

Tools For Operations On Hemorrhoids And The Uterus (1870)
Rantai yang ada pada alat ini dipergunakan untuk memotong saluran gemmoroidalny site ( tak tahu lah bahagian anggota belah mana, x sempat tanya doktor pakar)

Saw (1830-60)
Sejenis gergaji yang diguna untuk menggergaji luka pada anggota lemah yang perlu di bedah ( mcm penyakit kencing manis,anggota terbakar dan kemalangan dan seangkatanya)

Screw "Gag" (1880-1910)
Nha..alat ni untuk orang yg sakit gigi atau mulut,kalau pesakit tak nak buka mulut dia kasi sumbat ini alat la..h0h0

Tobacco Enema (1750-1810) 
Alat untuk memasukkan asap melalui dubur, alat ini digunakan pada mangsa lemas. Dengan memasukkan asap tembakau melalui dubur, para doktor dahulu percaya bahwa mangsa lemas dapat kembali bernafas selepas pengsan akibat lemas


Tool To Extract The Bullet (1500)
Alat ini pula digunakan untuk mengorek peluru yang tertimbus dalam badan.
 
* Alat -alat pembedahan di atas ini digunakan pada zaman dahulu, seram sejuk apabila pertama kali sy membaca n melihat alat2 ni..rasanya kalau sy hidup pada zaman dahulu la, awal-awal lg dah pengsan.. ye la mana tidak nya..tidak sempat doktor nak baikkn penyakit sy dah terkejut keras dgn alat-alat pembedahan ni.. ngeh3
 
 

500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia, Tahun 2009


The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.Tokoh-tokoh Islam,para Masyaikh dan Ulama'-ulama' Muslim dari seluruh dunia yang terpilih memasuki carta adalah dari kalangan Muslim yang memiliki kemampuan dan pengaruh besar serta mampu membawa perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kebanyakkan orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, terbahagi  kepada 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik cendiakawan, dalam bidang ilmuan dan teknologi dan media sehinggalah ke  katagori muslim radikal.
Rujukkan dari  buku-buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini  telah memaklumkan bahawa tujuan penerbitan buku-buku ini bagi membantu dan  membuka minda  berwawasan positif tentang pengaruh umat Islam di  santero dunia ketika ini.


Penyusunan buku-buku ini telah dicipta dan di susun rapi oleh :
Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Dalam catatan “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009, telah tercatat seorang tokoh ulama' yang amat saya kagumi selama ini, beliau adalah Tuan Guru Nik Aziz Nikmat...satu-satunya ulama dari Malaysia yg tersenarai dari 500 tokoh-tokoh muslim di dunia..dan selain itu empat ulama' Mesir yg sememangnya tidak asing lagi kemantapan ilmu yang ada pada mereka. Mereka adalah Masyaikh:
Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi,Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, 
Sheikh Dr Ali Goma’a ( Mufti muda Mesir ), Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad 
al Tayeb
Keempat-empat beliau yang paling  berpengaruh di dunia .

Berikut adalah Daftar 50 Tokoh dari Daftar 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia :
  1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
  2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
  3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
  4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan
  5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey
  6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
  7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf
  8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque
  9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars
  10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt
  11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
  12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood
  13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
  14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
  15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan
  16. His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
  17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
  18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia
  19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
  20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims
  21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
  22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces
  23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria
  24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
  25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University
  26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
  27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
  28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey
  29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
  30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars
  31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement
  32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order
  33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen
  34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
  35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia
  36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-Hind, India
  37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE
  38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
  39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina
  40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference
  41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran
  42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
  43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh
  44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide
  45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
  46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
  47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
  48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
  49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
  50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization
Salam sejahtera to all...baru sebentar tadi sy asyik membelek2 n berlegar2 menziarahi blog ke blog, akhirnya sy terjumpa 1 maklumat panting yg perlu dikongsi bersama dgn pembaca..dari blog seorang hamba Allah yg telah diminta izin hasil tulisan beliau:
http://thesahabat04.blogspot.com/2010_04_01_archive.htm utk sy copy paste kan maklumat ini ke entry sy..
 Di bawah ini lampiran nombor kod lemak khinzir yang terdapat pada makanan kebanyakkanya di jual di kedai2 runcit atau pasaraya..
 

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270 E280 E325, E326, E327 E334 E335, E336 E337 E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.
If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game)!
* Makluman penting: Sebelum membeli sebarang jenis makanan, sila lah check kod di engredients makanan tu..takut-takut apa yg kita anggap halal rupanya haram bila
kita makan ye...

As-sobrun Jamil

Hai to All...salam sejatera n kecerian kpd semua...
hmm..setelah sekian lama blog ni terbiar n bersarang, akhirnya sy muncul kembali dari sarang persembunyian bukan sarang labah2 ye..ahaks...Alahmadulillah, peperiksaan pun sudah sampai ke pengakhiran, income money pun sudah dapat, laptop dah okey,
window komputer pun dah cantik kini sy tersedia untuk bersenyum lebar..hehehe...
Rindu sgt arena blogger ini...disebabkan kesibukkan exam n kerosakkan lappy ( laptop ), sy terpaksa berhenti seketika dari dunia blogger..mujur ada kawan yg pakar dlm bidang menggodel otak komputer ini, apapun sy ucapkan ribuan terima kasih kpd anip, sahabat sy  yg sentiasa membantu sy, walau apa jua kesusahan yg sy hadapi..thanks.. 
( friends 4 eva ) jasa dan kebaikan kamu, semoga Allah yg dapat membalasnya..
Ok...sampai disini dahulu tuk sy membebbel hari ini..;)



Penghinaan Karikatur Rasulullah di FACEBOOK

Salam to semua...smoga d ketika ini anda berada dlm keadaan sihat hendaknya...Hari ni satu coretan panas yang akan sy sumbatkan d entry sy ini..macam gini ceritanya..anda sudah semestinya mengetahui dan mengenal apa itu "FACEBOOK" dan kepala mengenadalikannya tidak lain tidak bukan YAHUDI laknatullah....

Pernah dengar kisah lelaki Denmark yang ketika dahulunya melukis potret Rasulullah,bermacam-macam bentuk n style penghinaan yg dilontarkan kepada baginda Rasulullah...sungguh kurang ajaq ( versi negeri sy ) menjijikkan dan silap hari bulan memang makan peluru berpandulah lah lelaki denmark itu..ok kita stop pasai lelaki Denmark tu..

Hari ni yang sy nak habaq pi kisah satu pertandingan melukis gambaq Rasulullah di jaring-jaring Facebook..nha keja sapa lagi kalau tidak geng kepala tanduk ini..coretan dari Islam Today mengatakan gerakkan draw d prophet Muhammad ini akan berlansung dari 14 hingga 20 mei..

Puak-puak kepala tanduk ini juga dengan bijaknya memperdayakan ahli-ahli Facebook dengan sekali sahaja login atau melayari Facebook, secara automatik telah menjadi penyumbang $ 5 ( 5 sen duit dolar ya pak, ya ibuk ) bukan 5 sen Malaysia atau 5 sen duit paund atau rupiah ya.. memang nilai sen tu nampak ja kecik, tp mak cik2 pak l0ng2 sekalian cuba kita darabkn nilai dolar tu dgn matawang kita, nah aih x ke maunya cecah 2 / 3 hinggit tau..tu sorang login cuba berpuluh2 ribu yg login cubalah darab berapa keuntungan yg depa dapat..banyak tuuuu..selagimana wujudnya laman "Everybody Draw Mohammed Day" selagi itu lah kita ni dok menyumbang kearah penghinaan nabi kita..


Gambaq sebelah ni sy anggapkan murder secara diam ( Yahudi )

Paling menyedihkan sudah beribu-ribu lukisan hasil pertandingan ini sudah di sebar luas di corong-corong internet.

Oleh itu..sebagai umat Islam yang cintakan agamanya..marilah kita sama-sama membanteras gejala kuanq ajaq ni ye...Alhamdulillah negara Pakistan sekarang dalam usaha boikot laman FB ni..abih tu kita ni camna pulak..
tepuk dada tanya iman kita..

ok..sampai sini sahaja..sirru ala barakatillah..

~Wanita bukan Islam mohon jadi peguam syarie~

                                                     Victoria

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang bukan beragama Islam semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.
Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama.
Victoria, 48, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran belum ditetapkan.
* salam to semua...terkesima sy apabila membaca keratan di atas..iye lah mana tidaknya selepas isu penggunaan kalimah Allah yang dihebahkan tak berapa lama dahulu, kini muncul pula isu wanita kaum india yang BUKAN beragama ISLAM ini berusaha sesungguhnya untuk dapatkan tapak baginya sebagai peguam syarie.. 
nha wanita India xde asas ISLAM ni nak jadi peguam SYARIE??? macam-macam lah...
sekiranya permohonanya ( Victoria ) ini diluluskan, saya yakin banyak akibat buruk yang akan berlaku..
saya harap tuan-tuan hakim yg bijak pandai sila fikirkan yang terbaik dan buat keputusan paling baik untuk agama kita ISLAM..
apa yg penting " hujung dan pangkalnya kita dah tahu yang mana ruasnya.."
Semoga maruah Islam terus dipelihara dan dijaga..amin

di petik dari laman kosmo online

Seimbangkan Otak dan Hati ~iQ + eQ~

Latihan kecerdasan emosi (emosional quotient) sangat bermanfaat pada diri seseorang manusia yang cintakan keamanan dan kejayaan.
Emosional Quotient ini wajib pada mereka yang selalu ingin menyelesaikan keamanan antara kedua pihak yang memerlukan..
contoh yg paling mudah diberikan adalah mereka-mereka yang berstatus peguam atau sebagainya yang terpaksa berhadapan dengan hujah-hujah pihak defenden dan plaintif..Ayu seorang peguam mengakui bahawa setelah beliau mengikuti latihan itu (EQ), sikapnya terhadap orang disekeliling menjadi 
lebih baik, lebih berperasaan (simpathy),dan berpikiran positif.
Latihan (EQ) membantu dirinya lebih berefleksi.Bagi Ayu, kecerdasan intelektual (intelligence quotient) bukan satu-satunya faktor dalam membentuk kariernya, malah jika akal sahaja yang cerdik tetapi hati 
dan emosi yang sukar di kawal juga boleh memburukkan sesuatu keadaan.
Bagi Daniel Goleman , penulis buku Emotional Intellegence (1994),
beliau beranggapan bahwa kecerdasan emosional (EQ) lebih dominan 
dalam menentukan 80 % kejayaan sesorang.
Sedangkan kecerdasan akal/ intellektual (IQ) hanya berkeyakinan 20 % sahaja. Kecerdasan intelektual menurut Goleman ,
(IQ) mengangkat fungsi akal , sedangkan (EQ) mengangkat fungsi perasaan.
Tetapi pendapat Goleman dibantah oleh Diding Supriyadi dari Jabatan Lembaga Psikologi Psycodiarra. Pendapat itu tidak sepenuhnya benar.
Menurut Diding Supriyadi" Kejayaan seseorang itu ditentukan oleh keseimbangan antara kecerdasan intelektual dan emosional. Keduanya ibarat melengkapi antara satu sama lain. Kecerdasan emosi berpusat pada otak kanan manusia, sedangkan otak kirinya merupakan sumber kecerdasan intelektual. Kejayaan seseorang ditentukan oleh otak kecil,yang memiliki saluran yang menusuk kehati. “Dihati inilah keseimbangan diatur”.
Menurut Diding Supriyadi lagi, melatih kecerdasan emosi dapat dilakukan melalui beberapa metod, salah satunya dengan pernafasan, juga boleh dilakukan dengan menarik nafas atau senaman yoga. Tujuannya adalah menghasilkan energi positif, iaitu mengajar seseorang berfikiran lebih positif dan yakin dengan diri sendiri. Seseorang manusia itu dipengaruhi oleh faktor eskternal atau persekitaran.Elemen ini terbentuk pada mereka-mereka yang sering berfikir dan seseorang yang sering mengatur strategi untuk kebaikan dirinya dan orang disekeliling.


Dipetik dari laman Sim..
olahan bahasa : Qasihaysha

Detik waktu itu...

Salam to smua...smoga kit sntiasa d bwh naungan nikmat kebesaran Allah s.w.t..
sebenarnya sudah trlambat bg sy utk update blog ni..tp apa2 pun di kesempatan masa yg sempit n trbatas ni sy coretkan jg khas buat adinda sy tersayang..tanggal 30 April adalah 1 tanggal yg begitu pahit dan perit buat sy dan kluarga..bg kami itu la satu2 nye kenagan hitam yg takkan kami lupakan sampai akhir hayat..tapi apa kan daya sebagai hamba dan insan biasa sepatutnye redha menerima segala ketentuan yg telah tercatat...
Telah kembalinya insan tersayang iaitu adindaku Allahyarham Amirul Fahmi ke Rahmatullah pada tanggal 30 April 2004..msa tu aq lg beberapa bulan bakal menduduki paper SPM..walaupun keadaan semua tu 6 tahun telah berlalu..tp kenagan manis, gelak tawa kita bersama abg mie (panggilan utk Allahyarham ) tetap utuh dlm diri seorang kakak, ibu, abah n abang2 n adik..sedih dan pilu itu tersangat la mesti..sbb bg sy n family..Allahyarham adalah sorang adik dan abg yg sgt baik n dia jg seorang yg ceria n penghibur bg my parent apabila penat pulang dr bekerja. Amirul fahmi yg jg kembar pada si Amirul Aiman, Masih terngiang2 d benak fikiran msa kecik si kembar ini sentiasa berdua..d mana n ketika..bila bermain bersama n bergaduh pun bersama he2..suka sgt waktu itu..Kini Amirul Fahmi telah pergi dgn seruan Illahi..Amirul Aiman pula dh besar dan sdh boleh terima hakikat yg berlaku pda abangnye..Alhamdulillah si Aiman sekarang sdh menjangkau usia 18 tahun dan kini telah menyambung pengajian d Indonesia..dh jd ank teruna n dah pandai bawa diri ke negara orang..iu la kisah adik kembar sy..waaaaa..sedih laaa..rindu aimie ( aiman n fahmi )

~Muktamar PMRAM 2010~

salam keceriaan n perjuangan buat para bloger dan teman2 yg sudi ziarah halaman sy ini...
jam mesir menunjukkan tepat pukul 11.30 mlm..sedangkan jam Malaysia ketika ini sudah pukul 5.30 pg..mungkin ibu bapa sy di Malaysia ketika ini masing2 sudah bangun untuk menunaikan solat subuh..ermm..2 hari yg lalu telah berlangsungnye muktamar Timur Tengah bg Persatuan Melayu Republik arab Mesir ( PMRAM ) dan sy terlantik antara orang2 yg penting ( cikit je ) yg terlibat bg mewakili Perwakilan cawangan Mansurah..sy kirakan ini adalah pengalaman baru yg sy dapat sepanjang muktamar berlangsung..pengalaman yang sangat menyeronokkan, mahasiswa dan mahsiswi bebas bersuara,gelak tawa sahabat2, persaingan,dan tak lupa juga pengalaman dalam menguruskan pengurusan perwakilan yg berbagai ragamnye..Rasanya belum terlambat utk sy ucapkan sekalung tahniah kepada Badan Pengurus (BP) dan Hewi PMRAM yg kekal dan tak lupa juga yg baru menyandang jawatan dalam PMRAM..Diharap dengan menyandang jawatan baru ini kalian dapat memikul amanah ini dengan sebaiknya..i.Allah..


berbalik pada cerita perwakilan..Alhamdulillah berkat kerjasama yg diberikan oleh semua..akhirnya mahasiswi Dewan Perwakilan Mansurah ( DPMM ) dan  BKAN KEDAH disandang sebagai perwakilan terbaik..bukan megah n riak tp sekadar berkongsi kegembiraan shj ye..Alhamdulillah...;).manakala disebelah ikhwah plak disandang oleh DPMZ (Zaqziq) dan BKAN Selangor..Tahniah diucapkan..

karya ku yg ke-3

~Happy..happy~

             
                                                                      Aril n jiha
                                       
Salam kecerian buat semua...semoga kita sentiasa d bwh naungan rahmat Allah s.w.t...
ermm..d kesempatan yg ada sy nak ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kpd adinda sy mohd shahril n isteri najihah yg ke-3 tahun..alhamdulillah berkat perkahwinan mereka dikurniakan 2 org cahayamata yg comel2 iaitu Nur Anis Aqilah n Mohd Adib..apa2 pun i'm so sorry to aril n jiha cz terlambat nk update ucapan dlm blog ini. pic di atas n bawah ini  adalah perkahwinan aril n jiha dan pic anak buah sy yg sgt2  sy rindui.....cuma gamba
adib je yg xde..huhu
                                                                                                              
my 1st nience

KIta ada AKAL, jadi FIKIRKAN LAH

sahabat2 yg sy hormati...dengan lafaz assalamualaikum w.b.t....harap pengunjung blog sy d waktu ini dlm keadaan sihat n sentiasa d bwh naungan rahmat Allah s.w.t ...kali ini, sy akn berk0ngsi bersama sahabat2 ttg 1 email yg sy terima baru-baru ini..kesahihannya Wallahua'lam ( hanya Allah shj yg maha mengetahui) tp apa yg penting pada sy, sy percaya diera n kegemilangan sekarang Yahudi Zionis berusaha dan terus berusaha untuk menjatuhkan kita selaku umat Islam..berbagai-bagai cara yg dapat kita saksikan dan bermacam helah dan belang yang telah mereka tonjolkan..baik secara diam-diam atau secara terang-terangan, dan tidak mustahil jg wahai sahabat2 ku, Golongan Yahudi berkepalakan datuk syaitan,Dajjal,dan Firaun d ketika ini sedang memperkotakkatikkan dan tertawakan kita, iya lah..mana tidaknya, melihat pada bangsa Islam sekarang tidak ramai yg berani bangun utk menegakkan agama suci ini,bahkan semakin hari semakin kita terikut-ikut dengan budaya2 yg di bawa bangsa Yahudi dan Kafir.  Pembunuhan, arak,zina, pembuangan bayi,budaya samseng sudah menjadi trend dlm kehidupan kita sekarang. Kesucian akhlak dan moral yg diajar oleh agama kita Islam sudah hilang entah kemana..Budaya2 negatif semakin meruncing dan parah d era ini.sampai bilakah semua ini berterusan dan kita patut endahkan..Adakah sampai tibanya hari kehancuran ( kiamat )??..yg mne d saat itu segala pintu taubat kita d tutup dan segala-gala yg d ats bumi ini musnah berkecai, dan di ketika itu apakah jawapan yg akn kita berikan pada persoalan2 para malaikat yg Allah utuskan..sahabat2 yg sy kasihi..org lain x boleh mengubah sifat buruk kita, melainkan kita sendiri yg berusaha untuk berubah diri kita kpd kebaikan..dan sifat baik biarlah kepada yg lebih baik, jgn plak yg baik bertukar buruk! Tepuk dada tanye lah Iman kita..Ini adalah 1% bukti Yahudi n kafir sedang menghina kesucian agama kita ISLAM..yg 99% masih byk kita boleh lihat n mengkaji..fikir-fikirkan lah..


~ Durian Belanda Penawar Kanser ~



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. 

Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. 


Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
 
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  
Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

12 Azab Orang yang Meninggalkan Sembahyang

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan sembahyang, Allah S.W.T akan mengenakan 12 balasan yang berat ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
 
*   Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. 
*   Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. 
*   Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya lain adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
 
~   Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. 
~  Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar. 
~  Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

 
^  Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. 
^    Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 
^    Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
 
>  Hisab ke atsanya menjadi sangat berat. 
>  Allah S.W.T sangat murka kepadanya. 
>  Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

** THE TOP 10 WAYS to GET to KNOW YOURSELF **

1. Create a space for yourself.
It's very important to have a place or time for just yourself. Have fun creating
a room or personal corner that fills you with joy and feels like home. Date
yourself and find your likes and dislikes. Enjoy who you are.
 
2. Spend some quiet time by yourself everyday.
If noise and activity constantly bombard your life, you are drowning out your
inner guidance. Enjoy the quiet time, sit or lie down, and just be.
 
3. Listen to the little voice inside of you. 

Learn to distinguish the voices behind your inner dialogues. Don't ignore your
higher self. You may make your life harder than it needs to be.
 
4. Ask yourself questions, never assume your answers.
Challenge yourself with questions daily. Work from a self-knowledge base rather
than answering to please or rebel against others. Be honest about who you are or
you may disappoint yourself and others.
 
5. Find an activity that fills you with joy.

When we do the things we love, we love the life we have and learn to love
ourselves.
 
6. Wake up each morning and do an internal check.
Before you jump out of bed and run off to the next activity, take a few moments
to be with yourself and check-in with how you are feeling, what you are
thinking, and where you are going.
 
7. Let your spirit define who you are rather than the outside world.

Don't dress outside in, dress inside out. Wear your spirit proudly and attract
more  contentment to you. Don't rely on an external image (i.e. clothing,
hairstyle, and status symbols) to tell you who you are.
 
8. Be honest with others about your needs and boundaries. Once you know what you
need, let others know. Don't mix your messages. If you remain silent, there's a
chance of disappointing yourself and others more than the truth ever could.
 
9. Process what others have to say about you. Don't take their words for Gospel,
but don't ignore it.

 
Let perspectives outside of yourself give dimension to your internal picture.
Balance between taking peoples words as ultimate truth and ignoring what is
being said. Realize everyone sees the world through his or her own filters (past
experiences, needs, wants). Listen for the truth with love.
 
10. Give thanks to the force that created you.
However you name the force that created you, give thanks for who you are. When
you give thanks, you acknowledge your beauty and have the ability to cherish
yourself more and more.

Sayyidul Kiram





Assalamualaikum diucapkan kpd para pengunjung..Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog sy ini..ermm...Pada hari jumaat ni cuaca yang mana bagi sy amat menyeronokkan, rasanya sudah lama tidak merasa hujan sebegini, hujan yang nyaring berdentum ditemani lingkaran guruh2 di langit..tp seingat sy adalah  hujan ais diawal musim sejuk ritu. 
Apapun sy bersyukur kerana hari ni masih ada hujan dan hujan ini adalah rahmat Allah bersempena hari jumaat iaitu hari Sayyidul ayyam dan yang paling istimewa mungkin juga bersempena hari kelahiran junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w..Pada tanggal ini 26 Feb bersamaan 12 Rabi'ul awal 1431 H, Iaitu yang mana semua orang ma'aruf tentang tanggal atau tarikh ini..Hari ini sy tak bercerita tentang tarikh 26 Feb, akan tetapi sy lebih dan terlebih minat untuk mengenangkan tanggal 12 Rabi'ul awal iaitu satu sejarah yang mana telah lahirnya seorang nabi iaitu Muhammad ibnu Abdullah seorang Khalifah Allah yang Agung, seorang Rasul juga sorang Nabi yang ma'sum dan yang sentiasa dipelihara Allah dari segala cacat cela...

Kebiasaannya pada tanggal ni juga ramai kaum muslimin akan berarak sambil berselawat ke atas junjungan mulia, baginda sebagai tanda memperingati sejarah dan ketamadunan baginda shollallahualaihi wasalam...Alhamdulillah pada hari bersejarah ini juga Allah telah menurunkan rahmatnya kepada kita semua. Oleh itu sebagai umat Muhammad mari la kita terus berselawat keatas junjungan nabi kita..Semoga segala amalan yang kita lakukan diperkenan dan diberi ganjaran pahala kepada kita semua..aminnn..

...:: Bazaria ASEAN 10 meriah ::...

Salam to all....semoga kalian dalam keadaan happy n' sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t..ermm..untuk pengetahuan para sahabat sekalian, baru-baru ni pada tanggal 13 & 14 hb lepas DPMM ( Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah Egypt) telah menganjurkan program Bazaria ASEAN 10, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun tidak seperti yang telah dirancangkan..Walaupun terpaksa berhadapan dengan dugaan demi dugaan yang mendatang. Syabas diucapkan pada AJKT n' Adhoc yang terlibat dalam program ini, kerana berjaya menghandle program dengan jayanya, inilah yang dikatakan ada HIKMAH disebalik ujiannya. Bazaria ASEAN 10 ini juga telah dirasmikan oleh wakil BP PMRAM. Antara menu-menu menarik yang telah menjadi pilihan para pengunjung n pembeli ialah Bakso Cinta, Roti canai, Nasi kerabu, nasi dagang, Laksam dan bermacam-macam lagi..Ermm..tak lupa juga tahniah diucapkan kepada tender-tender yang telah memenangi gelaran gerai terbersih dan paling ramai pengunjung..Okey..sampai disini sahaja, sekalian dahulu daripada saya..

..:: 360 Sendi Dalam Tubuh Manusia ::..


Setiap anak Adam diciptakan oleh Allah dengan 360 sendi. Ini disahkan di dalam hadis Sahih Muslim sebagaimana diriwayatkan oleh Sayidatina Aishah di dalam sabda Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi kewajipan setiap individu Islam untuk menyedari betapa berkuasanya Allah s.w.t dan seterusnya mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang diberikan. Dengan memuji, memuliakan Allah s.w.t, mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, secara tidak langsung umat Islam mampu menjauhkan diri daripada api neraka. Salah satu nikmat yang Allah berikan kepada umat manusia adalah sendi yang membantu melaraskan sistem tubuh badan manusia.
        
Secara amnya, tubuh badan manusia dibahagikan kepada 5 bahagian :
  1. kepala dan muka
  2. leher
  3. bahagian badan : dada dan abdomen
  4. sepasang tangan
  5. sepasang kaki
        Sendi adalah tempat pertemuan antara 2 atau lebih tulang dan ada di antaranya yang boleh digerakkan sepenuhnya manakala ada pula yang terbatas pergerakannya. 206 tulang dalam badan manusia disambungkan oleh beberapa jenis sendi. 
Terdapat 3 jenis sendi utama dan sendi ini pula tebahagi kepada 10 jenis sendi yang lain.

 Pembahagian sendi di dalam tubuh badan manusia :
 


1.   Sendi pada kepala dan muka  = 53
2.   Sendi di antara kepala dan tulang vertebra atlas  =   5
3.   Sendi pada tulang rusuk = 92
4.   Sendi antara tulang vertebra = 69
5.   Sendi tangan dan pergelangan bahu = 12
6.   Sendi pergelangan tangan dan ke bawah =  54
7.   Sendi pinggul =    5
9.   Sendi antara pinggang, peha, lutut, betis dan buku lali =  10
10. Sendi kaki ( buku lali dan ke bawah ) =  60
JUMLAH 
=360
 


Jumlah 360 sendi ini adalah nombor purata yang diambil tanpa mengira peringkat umur. Kajian anatomi ini secara terperincinya dibuat kira-kira 200 tahun yang lalu,  ketika dizaman Rasulullah lagi.Tidak dinafikan lagi bahwa segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah benar dan secara terus dari apa yang telah diwahyukan oleh Allah sebagai panduan seluruh umat manusia

Kajian diambil dari Dr. Mohammad Sayied 
Hon. Secretary of Islamic Foundation, 
University Nairobi of Kenya



Youtube


Termateri sudah ikatan kasih,
Dua mempelai saling tersipu,
Bertemu sudah takdir yang dipilih,
Semoga berkekalan hingga ke anak cucu..

"Kompang dipalu pengantin malu" hihi....Emm..pandai jgk saya gubah pantun ni..haha..
( boleh la ) untuk pengetahuan dhuyuful kiram..Seronok rasanya bila dengar ramai saudara mara, tak kira la samada saudara dekat ataupun jauh yang akan / yang baru menamatkan zaman bujang mereka..Kepada saudara2 ku yang berada di Malaysia dan di Timur tengah , sebenarnya lagu dan pantun diatas, saya tujukan khas buat kalian, terutama sekali buat saudara akhi abdul kadir & zaujahnya syaidatul syakila..Esok nak g makan nasi minyak depa..haha..

Kami saudara2 kalian yang still single mingle dan tak lupa juga yang sudah bergelar bapa dan ibu yang berada seantero dunia, tak kira la walau dimana berada akan mendoakan kebahagian U all ..Semoga U all mendapat kebahagiaan dan keberkatan dari Allah s.w.t..Dan yang paling penting, semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa..Aminnn...Barakallahu lana ;) Winki..winki


Related Posts with Thumbnails


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.