Jangan biar benci bercambah


Salam t0 all..buat dhuyuful kiram yg sy hormati..Hari ni sy akan memaparkan sebuah coretan yg  berkisahkan tentang wanita yang ditalak suami(cerai) wanita yg ditinggal suami (gantung tidak bertali) dan kisah wanita yang seangkatan dengannya..Ketika membaca artikel ini, saya begitu berminat dengan coretan seorang hamba Allah ini sehingga mengajak saya sama-sama mengadaptasikan kisah-kisah yang berlaku disekeliling kita sekarang.Dengarkan kisah yang telah dirungkaikan
oleh Puan SUZANA BT GHAZALI. Perunding pakar psikologi dari Firma Guaman Syarie.....

“Jika satu hari nanti anak saya 'membuang' ayahnya, saya harap orang ramai tidak menyalahkan mereka kerana mereka terlebih dulu 'dibuang' ayah sendiri,” katanya. Ayat yang saya boldkan di atas ini adalah petikan kata-kata seorang wanita yang masih bernama isteri dan semestinya akan kekal sebagai seorang ibu, kepada wakil sebuah akhbar tempatan, semalam. Saya yakin ramai yang tahu tentang ayat keramat ini sebab saya terjumpa banyak komen berkaitan dikemukakan di Facebook. Tak mustahil, ramai yang memanjangkannya ke kumpulan emel masing-masing.

Saya yakin, ayat keramat di atas menjadi perbincangan hangat disebabkan kebelakangan ini, kes buang ayah dah mula popular. Daripada komen-komen berkaitan, ramai yang menyuarakan tentang hukum karma, what you give you get back dan pelbagai reaksi yang secara tersiratnya, mengikut pandangan saya secara peribadi, seakan-akan menyokong fenomena seperti ini berlaku.

Kalau dikutkan, memang padan lah dengan muka si ayah yang membuang anaknya satu masa dahulu yang menyebabkan kini, si ayah pula dibuang oleh anaknya sendiri. Bagi ibu tunggal yang diceraikan suami ataupun ibu tinggal yang bekas suami atau suami hilang tanpa khabar, mungkin bersetuju 100% dengan kenyataan si ibu di dalam kes yang saya kemukakan di awal tadi.

Saya hormati pendapat anda! Namun, saya membantah keras pendapat tersebut! Maafkan saya! Saya bukan tak faham malah saya faham sangat-sangat. Seperti yang saya pernah maklumkan, saya juga adalah ibu tunggal yang diceraikan oleh suami yang enggan bekerja dan kini, tika perceraian bakal menyambut ulangtahun kedua pada awal Mac nanti, saya bersendirian menjaga, membesarkan, mendidik, melayan dan macam-macam lagi rutin wajib seorang ibu termasuk rutin wajib seorang bapa iaitu menyara tiga orang cahayamata berusia dua tahun hingga tujuh tahun. Sungguh! Saya faham sangat kekalutan, ketegangan, kerisauan, kepenatan malah tekanan yang dialami.

Satu perkara yang pasti, biar apa pun emosi yang kita sebagai ibu alami, jangan sesekali wujudkan rasa benci kepada ayah sendiri di dalam diri anak-anak. Mungkin ada kes si anak menyaksikan penderitaan yang dialami oleh si ibu menyebabkan rasa benci kepada si ayah wujud. Jika itulah keadaannya, menjadi tugas utama seorang ibu untuk mendidik anak-anaknya agar memaafkan kesilapan dan kesalahan si ayah. Pesankan juga, jangan sesekali diulangi kesalahan dan kesilapan tersebut. Pesankan juga, jangan putus mendoakan agar si ayah berubah sikap dan menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab satu hari nanti.

Kenapa perlu dipesan semua itu? Sebab hukum syarak pasti: setiap anak wajib hormatkan ibu dan bapa! Nak kata 'uh' pun dilarang sama sekali, ini kan pula sikap-sikap tidak baik seperti tidak pedulikan ibu bapa atau membuang mereka terus.

Terus terang, bekas suami saya dah lama tak hubungi anak-anak. Nak bagi nafkah memang jauh sekali sebab kerja dia pun tak menentu. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak disaman di mahkamah? Boleh ja nak saman tapi di dalam kes saya, menyaman bekas suami sebab gagal memberikan nafkah bukan yang terbaik disebabkan dia sendiri tidak bekerja tetap. Jika disaman kemudian dipenjarakan, akan lebih memudharatkan keadaan. Sebab itulah, saya mengambil langkah berlembut tapi tegas. Saya balas SMS bekas suami tika tanyakan khabar anak-anak dengan satu pesanan: kalau sekadar bertanya khabar melalui SMS yang sah-sah saya akan baca, tiada gunanya. Perceraian antara kami tidak memutuskan hubungan dia dengan anak-anak. Bererti tanggungjawab sebagai Abi tetap perlu dilaksanakan: beri nafkah, kasih sayang dan perhatian! Kalau tak nak beri semua tu, baik tak perlu SMS sekadar tanya khabar.

Mungkin marah dengan SMS tersebut, sejak lepas raya puasa ari tu, hingga kini tiada lagi khabar daripadanya. Ulangtahun kelahiran Ayuni pun tidak diberi ucap selamat. Saya yakin, Ayuni faham bila saya jelaskan, mungkin Abi sibuk bekerja sebab tu lupa nak ucapkan birthday!!

Alhamdulillah, hingga kini anak-anak tak benci Abi. Malah baru-baru ni ja, Mak saya tanyakan kepada Suhail yang memang lebih rapat dengan Abi, tak nak jumpa Abi ker? Suhail akan jawab, nanti bila Abi datang, Bang Chik jumpa la!!

Saya takkan halang. Jika itu yang berlaku satu hari nanti, silakanlah bertemu. Sebab saya tak nak anak-anak yang saya cintai menjadi anak yang derhaka. Biar Abi tidak menjalankan tanggungjawabnya sebelum ini, bukan bererti anak-anak boleh lupakan Abi begitu sahaja. Anak-anak takkan lahir ke dunia ini hanya dengan ada ibu atau ayah sahaja. Perlukan ibu dan ayah untuk satu kelahiran bermakna!

Darah ibu atau ayah yang mengalir dalam diri si anak, tidak boleh dinafikan biarpun si anak tidak dijaga atau diasuh oleh ibu atau bapa mereka. Manusia bersalah dan mereka yang bersalah berhak dimaafkan walau mereka masih belum memohon maaf! Kita yang masih waras dan sedar mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu mereka yang bersalah ini agar segara sedar dan kembali ke jalan yang benar dan diredhai Ilahi. Cara paling mudah ialah berdoa, berdoa dan terus berdoa.

Saya nak tanya kepada para ibu semua; nak ke anak yang kita didik dengan penuh kasih sayang menjadi anak derhaka? Walau bukan kepada kita tetapi jika si anak bertindak biadap kepada si ayah mereka yang tidak pedulikan mereka selama ini, ia tetap dikategorikan sebagai anak derhaka! Nauzubillah! !

Tolonglah!! Saya merayu kepada semua ibu; jangan biarkan kebencian bercambah! Jangan benarkan anak-anak kita hidup dalam emosi benci. Kebencian akan mewujudkan dendam. Malang lagi jika dendam yang disimpan diluahkan kepada bukan yang sepatutnya. Kajian membuktikan, kes keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada kebencian dan dendam yang disimpan sejak kecil.

Kata-kata hikmah yang tidak b0leh dinafikan lagi: tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia! Kita sebagai ibu yang bertanggungjawab ke atas peribadi anak-anak pada masa depan, atas peranan dan tanggungjawab yang patut sebagai seorang anak, juga sebagai seorang ibu dan ayah bila tiba masa anak-anak memegang status itu nanti.

Rayuan saya: jangan panjangkan kebencian! Ajarkan kemaafan! Berikan anak-anak ketenangan fikiran, penuhi dada mereka dengan ilmu dan iman, insyaAllah, mereka akan menjadi anak yang soleh kepada kita juga bekas pasangan kita. Mungkin kita tidak ditakdirkan bersama di dunia namun tidak mustahil, berkat usaha dan doa bersama, satu keluarga akan kembali bersama di akhirat nanti, insyaAllah!!

Adaptasi oleh: Qasih aysha
Nukilan    oleh: Puan Suzana bt Ghazali
Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie

- MaNusia, MaLaikat dan SyaiTaN -


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaika
t - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke kuliah..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..eleh lecture mesti tak datangnye?


Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat 

                dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... 

              (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah 

                 dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat 

                 untukmu.Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat 

                (jangan mimpilah!) untukmu....

Manusia- Eh.dah nk exam ni..buku x baca lagi!
Malaikat - Wahai anak Adam, belajar lah kamu. sesungguhnya masa itu ibarat pedang,klu kamu 

                 takmemotongnya,maka masa itu akan memotong kamu
Syaitan - Alah..releks la exam lagi 23 hari lg,d0nt gabra2 beb..

Jadi, KITA bagaimana??...Hmmm..begitulah sedikit muhasabah untuk saya dan sahabat-sahabat, tentang kisah manusia, malaikat dan juga syaitan, dan janganlah kita lupa" sesungguhnya syaitan itu pernah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga ke hari Kiamat".Begitulah..jika kita terlalau asyik dengan hasutan dan tipu daya syaitan maka, jadilah kita golongan orang-orang yang merugikan.


Kisah PENSIL ( @,@ )




Suatu hari seorang cucu bertanya kepada Neneknya yang sedang menulis surat,
“ Nenek tulis apa tu, tulis surat cinta untuk atuk ya” ? ehehehemmmm..( berdehem gatal ) hehehe
Mendengar pertanyaan si cucu itu, lalu si Nenek pun stop menulis dan berkata kepada cucunya, “sekarang nenek sedang menulis tentang kamu, tetapi ada yang lebih penting dari isi tulisan ini iaitu pensil yang nenek guna .

“Nenek juga berharap kamu bakal seperti pensil ini ketika kamu besar nanti”, ujar si Nenek lagi. Mendengar jawapan si nenek , lalu si cucu melihat pensil yang dipakai oleh neneknya dan bertanya kembali kepada si Nenek apakah keistimewaan pensil ini? Sedangkan dari apa di perhatikan pensil ini biasa saja dan tiadalah nilainya..

“Tapi nek pensil itu sama saja dengan pensil lainnya”?, kata si Cucu. Si Nenek kemudian menjawab,

“ Itu semua bergantung dari apa yang kamu lihat dari pensil ini.”
Pensil mempunya 5 perkara yang membantumu selalu tenang dalam menjalani kehidupan, jika kamu selalu memegang 5 prinsip-prinsip pensil itu di dalam hidup kamu. Lalu si Nenek pun menjelaskan 5 perinsip yang ada pada sebatang pensil.
Apa 5 perkara yang terdapat dalam sebatang pensil ?

Pertama, Pensil mengingatkan kamu jika kamu menjadi orang yang hebat dalam hidup mu, layaknya sebuah pensil dengan tangan yang memegangnya, begitu juga jangan pernah kamu lupa diri, kerana kamu memerlukan bimbingan setiap langkah dalam hidup ini.
DIA lah Allah SWT. yang akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

kedua, dalam proses menulis, nenek kadang –kadang beberapa kali harus berhenti dan menggunakan pisau pengasah untuk menajamkan kembali mata pensil nenek. Pisau pengasah ini pasti akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses menajam selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali.
Begitu juga dengan kamu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, karena pengalaman lah yang akan membuatmu menjadi orang yang lebih baik.

ketiga, pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk mengunakan pemadam, jika sesuatu coretan kita itu salah .
Oleh karena itu perbaiki lah kesalahan kita dalam kehidupan ini, kerana pepatah pun ada mengatakan “ belajar lah dari kesilapan” dan seperti” Buang yang keruh ambil yang jernih”kadang-kadang pengalaman buruk itu menjadikan kita insan yang lebih baik dan lebih berguna...

keempat, bahagian yang paling penting dari sebatang pensil bukanlah kecantikkan bahagian luarnya, tetapi kualiti arang yang ada di dalam sebatang pensil itu.
Oleh itu, selalulah berhati-hati dan menyedari hal-hal dalam dirimu, baiknya hati dan sifat mu,maka baik dan cantik lah luaran akhlakmu juga

kelima, sebatang pensil itu selalu meninggalkan tanda/goresan, seperti juga kamu,
Kamu harus sedar bahawa apapun yang kamu buat dalam hidup ini akan meninggalkan kesan. Oleh karena itu selalulah berhati-hati dan sedar terhadap semua tindakan kamu zahiriah atau batiniah…

Oleh itu, amik lah ikhtibar dari kisah sebatang pensil ini..Semoga kebaikan yang diperlakukan kita di dunia ini, sentiasa mendapat keredhoan Allah s.w.t..dan mendapat syafaat darinya untuk kita , keluarga dan masyarakat kita..sirru ala barakatiLLah..



SeLaMaT TaHuN BaRu HiJRaH 1431




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.

*****
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM - MAAL HIJRAH

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 haribulan Muharram sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijrah).

10 Muharam - Juga dikenali sebagai hari 'Asyura'. Pada hari tersebut, banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dalam menegakkan keadilah dan kebenaran. Antara peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada 10 Muharram ialah:


Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.



Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.


Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.


Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit.



Mem0ries Satey dan Ikan bakaq



  Salam semua..harap d ketika ini anda semua berada dlm keadaan sihat hendaknya..ameenn..Ari ni ceq nk celoteh apa ea..??..ermm..nmpak tak gambaq satey n ikan bakaq kt atas tu..hihi..satey n ikan bakaq tu ceq n housemate yg bakaq semalam..hasil keja kami serikandi2 di perantauan.." Girl Boleh"!! ye la..teringin sgt nk mkn satey kn..makanya semuanya kena buat sndiri la..semalam bertarikh 12/12/2009 terukir sebuah kenangan indah antara kami adik beradik Zinnirah..semoga kenangan indah ini kita abadikan di sanubari buat selama-lamanya.."Apa yg Penting?? KERJASAMA".Itu la tradmark antara kami..Alfu syukran ana ucapkan kpd sahabat-sahabat yg trlibat dalam menjayakan misi bakaq satey kita ini..(^_^)


                " Apa yang penting..?? KERJASAMA!! " Peace..

    Jual..jual.. satey ada..ikan bakaq ada..!! me n housemate


Wow.. begitu asyik mengipas..kipas3x lagi..chayok! gambate..!! hihi. ketika ini kami dengan agenda masing2.ada yang tukang terbalikkan satey, ada juga yg tukang renjis minyak sapi atas satey,tukang kipas,camerawomen n yg memerhati pun ada..bak kata macam-macam aksi dan ragam yg ditonjolkan..farhanah jiddan..(",)


   Setelah berpenat lelah melawan arus kesejukkan dan asap bara yang berkepul-kepul..akhirnya terhasil lah setey bakaq n ikan bakaq special khas dari kami puteri-puteri Zinnirah..Nyam..nyam sedap2..Sebenaqnya pada tanggal ini juga adalah hari kelahiran anak buah sy, namanya Mohd Adib b.Mohd Shahril..semalam genaplah umuqnya setahun..Tak pernah jumpa lagi dia..takpe2 tunggu cik l0ng balik ye Adib kita jumpa di Malaysia..
  Ok..rasanya ini sahaja yg nk sy kongsikan dengan kawan-kawan pd hari ni..Imtihan dah semakin hampir,Yok! pakat pulun dalam imtihan ni..rebut ilmu bermanfaat dan berguna untuk kita dan masyarakat kita..Peace No Malas-malas..






Related Posts with Thumbnails


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.