Sayyidul Kiram





Assalamualaikum diucapkan kpd para pengunjung..Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog sy ini..ermm...Pada hari jumaat ni cuaca yang mana bagi sy amat menyeronokkan, rasanya sudah lama tidak merasa hujan sebegini, hujan yang nyaring berdentum ditemani lingkaran guruh2 di langit..tp seingat sy adalah  hujan ais diawal musim sejuk ritu. 
Apapun sy bersyukur kerana hari ni masih ada hujan dan hujan ini adalah rahmat Allah bersempena hari jumaat iaitu hari Sayyidul ayyam dan yang paling istimewa mungkin juga bersempena hari kelahiran junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w..Pada tanggal ini 26 Feb bersamaan 12 Rabi'ul awal 1431 H, Iaitu yang mana semua orang ma'aruf tentang tanggal atau tarikh ini..Hari ini sy tak bercerita tentang tarikh 26 Feb, akan tetapi sy lebih dan terlebih minat untuk mengenangkan tanggal 12 Rabi'ul awal iaitu satu sejarah yang mana telah lahirnya seorang nabi iaitu Muhammad ibnu Abdullah seorang Khalifah Allah yang Agung, seorang Rasul juga sorang Nabi yang ma'sum dan yang sentiasa dipelihara Allah dari segala cacat cela...

Kebiasaannya pada tanggal ni juga ramai kaum muslimin akan berarak sambil berselawat ke atas junjungan mulia, baginda sebagai tanda memperingati sejarah dan ketamadunan baginda shollallahualaihi wasalam...Alhamdulillah pada hari bersejarah ini juga Allah telah menurunkan rahmatnya kepada kita semua. Oleh itu sebagai umat Muhammad mari la kita terus berselawat keatas junjungan nabi kita..Semoga segala amalan yang kita lakukan diperkenan dan diberi ganjaran pahala kepada kita semua..aminnn..

...:: Bazaria ASEAN 10 meriah ::...

Salam to all....semoga kalian dalam keadaan happy n' sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t..ermm..untuk pengetahuan para sahabat sekalian, baru-baru ni pada tanggal 13 & 14 hb lepas DPMM ( Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah Egypt) telah menganjurkan program Bazaria ASEAN 10, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun tidak seperti yang telah dirancangkan..Walaupun terpaksa berhadapan dengan dugaan demi dugaan yang mendatang. Syabas diucapkan pada AJKT n' Adhoc yang terlibat dalam program ini, kerana berjaya menghandle program dengan jayanya, inilah yang dikatakan ada HIKMAH disebalik ujiannya. Bazaria ASEAN 10 ini juga telah dirasmikan oleh wakil BP PMRAM. Antara menu-menu menarik yang telah menjadi pilihan para pengunjung n pembeli ialah Bakso Cinta, Roti canai, Nasi kerabu, nasi dagang, Laksam dan bermacam-macam lagi..Ermm..tak lupa juga tahniah diucapkan kepada tender-tender yang telah memenangi gelaran gerai terbersih dan paling ramai pengunjung..Okey..sampai disini sahaja, sekalian dahulu daripada saya..

..:: 360 Sendi Dalam Tubuh Manusia ::..


Setiap anak Adam diciptakan oleh Allah dengan 360 sendi. Ini disahkan di dalam hadis Sahih Muslim sebagaimana diriwayatkan oleh Sayidatina Aishah di dalam sabda Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi kewajipan setiap individu Islam untuk menyedari betapa berkuasanya Allah s.w.t dan seterusnya mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang diberikan. Dengan memuji, memuliakan Allah s.w.t, mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, secara tidak langsung umat Islam mampu menjauhkan diri daripada api neraka. Salah satu nikmat yang Allah berikan kepada umat manusia adalah sendi yang membantu melaraskan sistem tubuh badan manusia.
        
Secara amnya, tubuh badan manusia dibahagikan kepada 5 bahagian :
  1. kepala dan muka
  2. leher
  3. bahagian badan : dada dan abdomen
  4. sepasang tangan
  5. sepasang kaki
        Sendi adalah tempat pertemuan antara 2 atau lebih tulang dan ada di antaranya yang boleh digerakkan sepenuhnya manakala ada pula yang terbatas pergerakannya. 206 tulang dalam badan manusia disambungkan oleh beberapa jenis sendi. 
Terdapat 3 jenis sendi utama dan sendi ini pula tebahagi kepada 10 jenis sendi yang lain.

 Pembahagian sendi di dalam tubuh badan manusia :
 


1.   Sendi pada kepala dan muka  = 53
2.   Sendi di antara kepala dan tulang vertebra atlas  =   5
3.   Sendi pada tulang rusuk = 92
4.   Sendi antara tulang vertebra = 69
5.   Sendi tangan dan pergelangan bahu = 12
6.   Sendi pergelangan tangan dan ke bawah =  54
7.   Sendi pinggul =    5
9.   Sendi antara pinggang, peha, lutut, betis dan buku lali =  10
10. Sendi kaki ( buku lali dan ke bawah ) =  60
JUMLAH 
=360
 


Jumlah 360 sendi ini adalah nombor purata yang diambil tanpa mengira peringkat umur. Kajian anatomi ini secara terperincinya dibuat kira-kira 200 tahun yang lalu,  ketika dizaman Rasulullah lagi.Tidak dinafikan lagi bahwa segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah benar dan secara terus dari apa yang telah diwahyukan oleh Allah sebagai panduan seluruh umat manusia

Kajian diambil dari Dr. Mohammad Sayied 
Hon. Secretary of Islamic Foundation, 
University Nairobi of Kenya



Youtube


Termateri sudah ikatan kasih,
Dua mempelai saling tersipu,
Bertemu sudah takdir yang dipilih,
Semoga berkekalan hingga ke anak cucu..

"Kompang dipalu pengantin malu" hihi....Emm..pandai jgk saya gubah pantun ni..haha..
( boleh la ) untuk pengetahuan dhuyuful kiram..Seronok rasanya bila dengar ramai saudara mara, tak kira la samada saudara dekat ataupun jauh yang akan / yang baru menamatkan zaman bujang mereka..Kepada saudara2 ku yang berada di Malaysia dan di Timur tengah , sebenarnya lagu dan pantun diatas, saya tujukan khas buat kalian, terutama sekali buat saudara akhi abdul kadir & zaujahnya syaidatul syakila..Esok nak g makan nasi minyak depa..haha..

Kami saudara2 kalian yang still single mingle dan tak lupa juga yang sudah bergelar bapa dan ibu yang berada seantero dunia, tak kira la walau dimana berada akan mendoakan kebahagian U all ..Semoga U all mendapat kebahagiaan dan keberkatan dari Allah s.w.t..Dan yang paling penting, semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa..Aminnn...Barakallahu lana ;) Winki..winki


Al-Asr ::I Demi masa I::

وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ  
Demi Masa!  Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:  
 
                 1.mereka yang beriman 
                 2.beramal soleh 
                 3.menasihati atas kebenaran dan 
                 4.menasihati atas kesabaran
 
Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran. 
 
1. Manusia yang beriman ialah mereka yang mempunyai kesedaran tertinggi dan meyakini bahawa di sebalik alam yang luas ini, ada 'zat' yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA yang mencipta dan mengendalikan keseluruhan alam ini. Begitu juga di sebalik alam nyata ini ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Sesiapa juga manusia tanpa mengira apa kedudukan sosio-ekonominya, akan terjerumus ke dalam api neraka yang amat panas sekiranya tidak mempunyai keimanan terhadap perkara-perkara ghaib ini. 
 
Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah. Termasuk dalam ertikata iman ialah bukan setakat mempercayai Allah sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan amalan. Jadi iman dan amal soleh ialah gandingan terbaik untuk menempuh dugaan di alam akhirat. Iman tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Oleh itu kita dikehendaki melengkapkan diri dengan iman dan amal supaya hidup kita tidak sengsara sepanjang hayat tanpa batas waktu di akhirat.
  
2. Manusia kedua yang tidak akan rugi ialah mereka yang beramal soleh atau mengerjakan kebajikan. Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapi  sayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu.  Kesemua amalan kita tidak akan diterima Allah jika tidak berpaksi kepada dasar keimanan kepada Allah. 
 
Oleh sebab itu, kita seharusnya menggunakan masa hidup kita yang tidak lama ini untuk melakukan amal soleh sebanyak--banyaknya. Alangkah ruginya seseorang yang berbadan sihat, 
tegap,mempunyai hartabenda yang banyak tetapi seluruh kekuatan, kesihatan dan harta bendanya digunakan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Lebih dahsyat lagi jika ia digunakan untuk melakukan maksiat, aniaya, fitnah dan menzalimi orang lain. 

Sepanjang hidup ini kita tidak lari dari melakukan 2 perkara sama ada amal soleh (baik) atau amal tholeh (jahat). Orang yang berjaya ialah mereka yang beramal soleh bukan beramal tholeh. Diri kita adalah sebaik-baik kompas untuk menilai yang soleh atau sebaliknya. Namun tidak semua orang dapat memberikan penilaian yang tepat, malah ada orang memandang kebajikan itu sebagai kejahatan dan kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Kesemua ini memerlukan ilmu yang menjadi syarat untuk memberikan penilaian yang benar dan tepat berlandaskan syariat Islam. 
 
Amal kebajikan boleh diusahakan dengan pelbagai cara sama ada dengan material atau menggunakan anggota badan. Menasihat kawan adalah kebajikan. Membuang duri di jalan juga satu kebajikan. Memberi makan kepada binatang juga kebajikan; apatah lagi memberi makan kepada fakir miskin. Pendek kata jika kita tahu caranya,  semua aktiviti kita boleh dikategorikan kepada amal kebajikan. 
 
Dengan melakukan amal kebajikan belum menjamin keselamatan seseorang selagi tidak  meninggalkan kejahatan. Antara dua perkara iaitu membuat makruf (kabajikan) dan meninggalkan mungkar (kejahatan), yang kedua amat sukar dilakukan. Ramai orang  mampu membuat kebaikan tetapi untuk meninggalkan kejahatan tidak semudah itu. Contohnya ramai wanita boleh bersolat 5 waktu tetapi tidak sanggup menutup aurat atau mengumpat. Ada ulama berpendapat sebelum mengerjakan kebajikan hendaklah  terlebih dahulu meninggalkan maksiat dengan cara bertaubat nasuha. 

Sungguhpun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, amal kebajikan yang kita buat dapat juga menghapuskan kejahatan-kejahatan.  Namun yang lebih baik ialah sebelum melakukan kebajikan, perlulah membuang segala amal kejahatan terlebih dulu. Ini bermakna kita hendaklah mengosongkan diri kita dari segala maksiat sebelum melakukan kebajikan; sesuai dengan sunnah Nabi yang dibedah sebelum dibawa melakukan perjalanan Isra' dan Mikraj.
 
Umum mengetahui bahawa setiap pekerjaan kita sama ada yang besar atau kecil sentiasa dicatat atau direkod oleh malaikat yang dipertugaskan Allah supaya di akhirat nanti mereka akan dipertanggungjawabkan. Nyatalah kehidupan kita di dunia ini bukan sia-sia atau sembarangan. Kita mempunyai misi dan wawasan yang perlu dipenuhi di dunia ini sesuai dengan firman Allah:    
         Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya),  dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga. (Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan akan kita rasakan akibatnya nanti
 
Oleh itu untuk keselamatan di alam yang abadi, saya menyeru diri saya sendiri dan saudara-saudara semua supaya melakukan kebajikan sebanyak mungkin dan pada masa yang sama  meninggalkan segala kejahatan. Slogan 'menghalalkan segala cara' untuk kejayaan di dunia terutama dalam bidang keduniaan adalah semboyan syaitan dan iblis yang harus ditentang. 
 
3. Golongan  ketiga yang tidak rugi ialah mereka yang menggunakan masa hidupnya dengan menyampai atau menerangkan kebenaran/haq atau mereka yang  membela/mempertahankan kebenaran contohnya agama Islam. Konsep kebenaran  dalam Islam banyak jenis; kebenaran dalam tuturkata, kebenaran dalam tindakan, kebenaran dalam niat, kebenaran dalam pergaulan, kebeneran dalam politik, kebenaran dalam penghakiman dan sebagainya.  Di antara banyak-banyak kebenaran, yang paling utama sekali ialah kebenaran yang berasal dari ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Al-Quran iaitu Deen Islam. 

Mengajar dan  menyampaikan kebenaran wahyu Ilahi ini serta mempertahankan kebenarannya adalah misi tertinggi kemanusiaan. Golongan dai' ini hidupnya tidak akan rugi. Selain tugas  dakwah dan menyampai kebenaran adalah sia-sia dan rugi semata-mata. Bertambah rugilah manusia yang cara hidupnya di muka bumi ini untuk tujuan bersenang-senang dengan makan-minum, mengumpul kekayaan dan beranak-pinak saja. Golongan ini  tidak mempunyai nilai di sisi Allah. 
 
Apa  sebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:

الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ   
Kebenaran itu adalah dari Tuahnmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)


Kebenaran apa jua bentuknya adalah dari Allah. Induk dari segala kebenaran ialah Kalimah Tauhid "Laa  ilaaha illallah" yang membawa maksud tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah dalam ertikata Allahlah yang Maha Besar yang mesti disembah. Segala yang lain adalah makhlukNya. Tauhid adalah haq manakala syirik pula adalah bathil. Begitu juga syurga adalah haq, neraka haq, azab kubur haq, malaikat haq, tiitian sirath juga haq. Begitulah seterusnya diqiaskan kepada perkara-perkara lain seperti membaca Al-Quran, membuat kebajikan dan lain-lain. Manakala apa jua yang buruk dan keji yang dilarang oleh Allah adalah bathil seperti mencuri, meninggalkan solat, membunuh, syirik dan sebagainya. 
 
Akal yang sihat yang dapat bimbingan Ilahi mampu melihat kebenaran itu sebagai kebenaran dan kesalahan itu sebagai kesalahan. Apabila telah mengetahui sesuatu itu sebagai kebenaran, maka mudahlah kita mengikutinya. Begitulah sebaliknya jika kita mengetahui sesuatu itu sebagai kejahatan, mudahlah bagi kita menjauhikannya. Kefahaman sebegini adalah pemberian Allah kepada hamba yang disayangiNya. 

Betapa ramai manusia yang tidak diberikan kurniaan ini, lantas mereka menganggap bahawa kebaikan itu sebagai kejahatan manakala kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Orang begini telah dipetri hatinya dan tidak dapat membezakan lagi antara baik dan jahat. Bagaimana mungkin sebuah kompas yang jarumnya sudah tidak menunjuk arah yang betul dijadikan panduan untuk meneroka satu padang pasir yang amat luas? Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang gelap ini dan berdoalah mudahan dapat kita melihat yang haq itu haq dan bathil itu sebagai bathil.
 
Setelah mata hati kita dapat menyuluh hakikat kebenaran sesuatu perkara, dapatlah kita menjadikannya sebagai panduan hidup. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan; sehinggalah ia menjadi resam hidup yang sebati dengan diri kita; dan inilah yang harus dijadikan asas perjuangan untuk diri dan masyarakat.

4. Mereka yang menyampaikan nasihat dengan kesabaran adalah golongan terakhir beruntung dan tidak akan rugi. Konsep sabar dalam Islam ada 3 jenis: pertama, sabar menanggung kesusahan dan sebarang bala yang menimpa diri, kedua, sabar mengerjakan ketaatan seperti sabar untuk mengerjakan sembahyang dan segala ibadat lain, dan ketiga ialah sabar diri dari melakukan sebarang maksiat. Jelasnya, sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah sabar atau tetap hati di dalam memegang ajaran Allah yang benar itu; tanpa sedikit pun bergoyang oleh sebarang anasir yang datang. Di antara musuh yang cuba menggoyang atau merosakkan pendirian ini ialah syaitan, nafsu, hawa dan iblis.  Mereka yang sabar ialah mereka yang berjaya melawan diri dari musuh-musuh ini untuk mencapai keredhaan Allah.  
1
1



Lelaki @ perempuan yang baik untuk yang baik juga..


 Salam to all...semoga para pengunjung blog saya dalam keadaan sihat lagi diberkati Allah s.w.t. Baru-baru ini seseorang saudara telah bertanyakan kepada saya,
" Apakah benar orang yang pernah melakukan zina akan dijodohkan dengan orang yang berbuat zina juga?"
 Untuk pengetahuan saudari yang bertanya, sebenarnya saya bukanlah orang yang paling layak untuk diajukan soalan-soalan sebegini, saya hanyalah insan kerdil yang perlu mempelajari lebih jauh lagi ilmu-ilmu dan hukum hakam Allah ini. akan tetapi, untuk tidak menghampakan persoalan yang diajukan, di sini saya titipkan jawapan dari sekadar pengetahuan saya untuk dikongsi bersama saudari dan juga para pengunjung yang lain.
Jawapan saya:-

Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini. Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat meperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan mencari jodoh dengan pasangan yang baik dalam kehidupan rumahtangga mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan yang baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah semestinya akan berpasangan dengan yang baik juga. Jika dikiaskan kepada rupa dan sifat peribadi, ia boleh diibaratkan sebagai “pertemuan bagai pinang yang dibelah dua.” Dalam al-Quran,
خَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

diturunkan dalam surah An-Nur ( ayat 26 ) Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.( iaitu syurga)"

Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak baik pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga kadang-kadang kelihatan boleh bahagia dan ada juga sesetangahnya sering dilihat tidak bahagia dan turut musnah Kenapa kejadian seperti itu beriaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat26,  Allah s.w.t. berfirman, “Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik.”
Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya, malahan dalam beberapa keadaan, tempat dan masa, Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya. Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya, apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh yang sedemikian itu?
Sebenarnya ayat tersebut boleh juga disentuh mengenai qada dan qadar Allah terhadap jodoh seseorang. 

Dengan kata lain, la juga bukan sahaja merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih pasangan yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing. Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat tersebut. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran telah berlaku tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah, iaitu Sayidatina Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan zina dengan seorang lelaki. 

Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya, Sayidatina Aisyah seorang wanita yang amat mulia, baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan jahat sedemikian, malahan tidak pernah sedikit pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah, Allah s.w.t. menurunkan ayat itu. Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenai fitnah yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam

الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ  

firman Allah dalam Surah An-Nur ( ayat 3 ) yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula, atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidaklah bermaksud lelaki atau perempuan yang berzina hanya mesti berkahwin dengan kalangan yang berzina sahaja. bahkan ayat diatas menegas sekeras-kerasnya haramnya perbuatan zina itu sehingga dikiaskan lelaki atau perempuan mesti dikahwinkan dengan kalangan orang yang berzina juga. Penurunan ayat 3 tersebut juga diterangkan dengan lebih lanjut dalam

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحاً حَتَّى يُغْنِيَهُمْ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْراً وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاء إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّناً لِّتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَن يُكْرِههُّنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مِن بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


( ayat 32-33 ) dalam Surah An-Nur, kahwinilah wanita dikalangan kamu, dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:
 "Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu. Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah menganjarkan mereka dengan kurniaNya. Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah, yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang. 

Dengan termansuhnya maksud ayat berikut ini bermakna ayat diatas sudah tidak menuntut samada lelaki atau perempuan yang berzina hanya akan berkahwin dengan yang berzina sahaja, Sebaliknya ia telah menjadi umum. Lelaki atau wanita yang pernah melakukan dosa zina juga berhak memiliki jodoh yang baik, akan tetapi hendaklah mereka-mereka yang berzina ini berubah sesungguhnya dari kejahatan silam merka. Jadi ini bermakna, jodoh pertemuan seseorang itu semuanya ketentuan Allah s.w.t, akan tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, yang soleh dan solehah. Ye..untuk dapat yang terbaik itu, kita seharusnya berusaha untuk jadi baik kan..Jika seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, orang yang baik itu mestilah berusaha membaiki atau mengubah  pasangannya itu kepada yang baik dan solehah, Sesungguhnya harus diingatkan bahawa Allah telah berfirman:

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah maaf kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. 2:286)

Ermm...begitulah serba sedikit jawapan saya kepada yang bertanya..semoga dengan jawapan ini dapat membantu menyelesaikan segala kesulitan yang ada..untuk jawapan yang lebih detail dan lebih padat bolehlah layari laman blog akhisalman.blogspot.com atau link2 yang lain ye..
Doa saya semoga kita tergolong dari golongan yang baik yang sentiasa dipelihara Allah s.w.t dan semoga Allah juga menentukan jodoh-jodoh yang terbaik buat kita..InsyaAllah..



Seruan Azan tanda kebesaran Allah s.w.t



Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan muazin / bilal di serata dunia akan
mengalunkan azan menandakan masuknya waktu sembahyang fardhu yang telah
 diwajibkan bagi kita umat Islam mengerjakanya..Laungan-laungan azan itu
membuktikan kebesaran Allah s.w.t yang maha Esa lagi maha berkuasa..InsyaAllah
Semoga  laungan-laungan azan ini tidak akan terputus hingga ke akhir zaman..
Bermula dengan laungan azan subuh di timur Indonesia di kepulauan Silibis pada jam
5.30 pagi, beribu surau dan masjid mengumandangkan azan. Antara  Timur Barat
kepulauan Jawa mempunyai jarak waktu sebanyak 1/2 jam azan akan bersambutan
 dalam waktu ini seterusnya ke Sumatera. Sebelum berakhir di Indonesia azan telah
bermula di Malaysia ke Myammar dan China dalam tempoh waktu 1 jam. Setelah
bermula di Jakarta Indonesia, azan mula berkumandang di Dhaka, Bangladesh dan
berlarutan hingga ke Srinagar iaitu Ibu Negara Barat India, dari Culcutta ke Lucknow
 ke Mumbai dan hingga ke Kashmir.Seluruh Bandar di Pakistan juga mula
mengumandangkan azan dan bersambutan. Sebelum berakhir di Pakistan ia bermula
di Afghanistan dan Muscat. Antara Muscat dan Baghdad perbezaan waktu adalah 1 jam,
 dan dalam tempoh 1 jam ini azan bermula di Dubai ( U.A.E), Kuwait,Yaman, Somalia
dan Arab Saudi. Antara Baghdad dan Kaherah ( Mesir ) mempunyai jangka masa 1 jam,
 azan juga masih berkumandang di Syiria, Jordan, dan Sudan dalam jangka waktu itu.
Kaherah dan Istanbul terletak dalam jangka waktu yang sama. Antara Timur dan Barat
Turki mempunyai jangka masa masa sebanyak 1 1/2 jam. Kaherah dan Libya
mempunyai jangka waktu sebanyak 1 jam perbezaanya. Dari Libya,
azan bersambutan pula ke Tunisia, Nigeria ,Morocco dan meliputi seluruh Negara Afrika 

Selepas 9 jam azan mula berkumandang di Peraira Atlantik tetapi sejurus selepas
 azan berkumandang di Perairan Atlantik, laungan azan Zohor telah bermula kembali
di Timur Indonesia. Sebaik azan Zohor tiba di Dhaka India, azan Asar pula timbul di
 Indonesia, selang beberapa jam kemudian azan Maghrib pula bermula. Sebelum azan
 maghrib mula berkumandang di Sumatera, azan Isya’ pula mula kedengaran di Timur
 Indonesia, begitu seterusnya laungan-laungan azan di serata dunia..

http://www.youtube.com/watch?v=x4HV2qunZ1I


Related Posts with Thumbnails


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.