Salam to all...semoga para pengunjung blog saya dalam keadaan sihat lagi diberkati Allah s.w.t. Baru-baru ini seseorang saudara telah bertanyakan kepada saya,
" Apakah benar orang yang pernah melakukan zina akan dijodohkan dengan orang yang berbuat zina juga?"
Untuk pengetahuan saudari yang bertanya, sebenarnya saya bukanlah orang yang paling layak untuk diajukan soalan-soalan sebegini, saya hanyalah insan kerdil yang perlu mempelajari lebih jauh lagi ilmu-ilmu dan hukum hakam Allah ini. akan tetapi, untuk tidak menghampakan persoalan yang diajukan, di sini saya titipkan jawapan dari sekadar pengetahuan saya untuk dikongsi bersama saudari dan juga para pengunjung yang lain.
Jawapan saya:-
Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini. Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat meperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan mencari jodoh dengan pasangan yang baik dalam kehidupan rumahtangga mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan yang baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah semestinya akan berpasangan dengan yang baik juga. Jika dikiaskan kepada rupa dan sifat peribadi, ia boleh diibaratkan sebagai “pertemuan bagai pinang yang dibelah dua.” Dalam al-Quran,
خَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ |
diturunkan dalam surah An-Nur ( ayat 26 ) Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.( iaitu syurga)"
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.( iaitu syurga)"
Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak baik pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga kadang-kadang kelihatan boleh bahagia dan ada juga sesetangahnya sering dilihat tidak bahagia dan turut musnah Kenapa kejadian seperti itu beriaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat26, Allah s.w.t. berfirman, “Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik.”
Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya, malahan dalam beberapa keadaan, tempat dan masa, Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya. Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya, apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh yang sedemikian itu?
Sebenarnya ayat tersebut boleh juga disentuh mengenai qada dan qadar Allah terhadap jodoh seseorang.
Sebenarnya ayat tersebut boleh juga disentuh mengenai qada dan qadar Allah terhadap jodoh seseorang.
Dengan kata lain, la juga bukan sahaja merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih pasangan yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing. Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat tersebut. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran telah berlaku tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah, iaitu Sayidatina Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan zina dengan seorang lelaki.
Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya, Sayidatina Aisyah seorang wanita yang amat mulia, baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan jahat sedemikian, malahan tidak pernah sedikit pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah, Allah s.w.t. menurunkan ayat itu. Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenai fitnah yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam
الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
firman Allah dalam Surah An-Nur ( ayat 3 ) yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula, atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidaklah bermaksud lelaki atau perempuan yang berzina hanya mesti berkahwin dengan kalangan yang berzina sahaja. bahkan ayat diatas menegas sekeras-kerasnya haramnya perbuatan zina itu sehingga dikiaskan lelaki atau perempuan mesti dikahwinkan dengan kalangan orang yang berzina juga. Penurunan ayat 3 tersebut juga diterangkan dengan lebih lanjut dalam
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ |
وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحاً حَتَّى يُغْنِيَهُمْ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْراً وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاء إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّناً لِّتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَن يُكْرِههُّنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مِن بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَّحِيمٌ |
( ayat 32-33 ) dalam Surah An-Nur, kahwinilah wanita dikalangan kamu, dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu. Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah menganjarkan mereka dengan kurniaNya. Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah, yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu. Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah menganjarkan mereka dengan kurniaNya. Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah, yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.
Dengan termansuhnya maksud ayat berikut ini bermakna ayat diatas sudah tidak menuntut samada lelaki atau perempuan yang berzina hanya akan berkahwin dengan yang berzina sahaja, Sebaliknya ia telah menjadi umum. Lelaki atau wanita yang pernah melakukan dosa zina juga berhak memiliki jodoh yang baik, akan tetapi hendaklah mereka-mereka yang berzina ini berubah sesungguhnya dari kejahatan silam merka. Jadi ini bermakna, jodoh pertemuan seseorang itu semuanya ketentuan Allah s.w.t, akan tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, yang soleh dan solehah. Ye..untuk dapat yang terbaik itu, kita seharusnya berusaha untuk jadi baik kan..Jika seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, orang yang baik itu mestilah berusaha membaiki atau mengubah pasangannya itu kepada yang baik dan solehah, Sesungguhnya harus diingatkan bahawa Allah telah berfirman:
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ |
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah maaf kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. 2:286)
Ermm...begitulah serba sedikit jawapan saya kepada yang bertanya..semoga dengan jawapan ini dapat membantu menyelesaikan segala kesulitan yang ada..untuk jawapan yang lebih detail dan lebih padat bolehlah layari laman blog akhisalman.blogspot.com atau link2 yang lain ye..
Doa saya semoga kita tergolong dari golongan yang baik yang sentiasa dipelihara Allah s.w.t dan semoga Allah juga menentukan jodoh-jodoh yang terbaik buat kita..InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan