Puasa Qada' diiringi Puasa Enam di bulan Syawal


Baru-baru ini Seorang teman telah bertanya kepada saya tentang masalah puasa Qada' dalam bulan ramadhan..setelah dirujuk semula dengan beberapa org ustaz dan buku ilmiyah..
Terdapat Khilaf /perbezaan pendapat diantara Ulama tentang puasa Qada' bersama puasa enam di bulan syawal.

1)Sebahagian ulama syafie kata ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qada walaupun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

2)Tidak boleh kerana puasa Qada' adalah kerana seseorang itu meninggalkan puasa di bulan ramadhan. Adapun puasa enam kerana dituntut oleh islam selepas bulan ramdhan. Mereka sepakat bahawa menggabungkan niat dibolehkan pada ibadah yang berbentuk alat atau pada ibadah yang ada kaitan.


Sebagai contoh : Misalnya seseorang memasuki masjid lalu menunaikan solat sunat sebelum Zohor dan berniat tahiyyatul masjid sekaligus. Ini kerana solat sunat Tahiyyatul masjid tidak menjadi matlamat tetapi yang jadi matlamat ialah solat yang perlu didirikan apabila masuk masjid. Solat sunat sebelum Zohor pula sememangnya menjadi matlamat kerana ia adalah solat yang ada ganjarannya tersendiri.


Sekiranya kedua-duanya menjadi matlamat maka ia tidak boleh digabungkan. Contohnya mengabungkan antara Qada' subuh dan sunat Dhuha. Qada subuh dituntut kerana meninggalkan solat. Sunat Dhuha pula dituntut kerana masuknya waktu Dhuha.


Dan menurut Zakariya al-Ansari : Kalau dia berpuasa dalam bulan syawal kerana qada puasa Ramadhan atau nazar atau sunat yang lain, jadi dia mendapat pahala sunat Syawwal kerana wujudnya puasa pada enam hari di bulan Syawwal meskipun tidak menyedarinya. Namun, ia tidak mendapat pahala penuh puasa syawwa melainkan dengan niat berpuasa 6 hari Syawwal


Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk dan patuh kepada Allah.


Banyakkanlah amalan dengan memisahkan antara yang wajib dengan yang sunat. Kerana ini lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredaan Tuhannya.


Teringat pula sy pada kata seorang Teman yg banyak bagi Inspirasi pada diri ini..
" Kenapa perlu kita berkira-kira dengan sang Pencipta sedangkan Allah tidak pernah berkira dengan hamba-hambanya"..itu la kata-katanya yg sy yakinkan tidak akan sy lupakan sampai bila-bila"terima kasih N.R kerana dikau pendorong sy ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.