Jangan biar benci bercambah


Salam t0 all..buat dhuyuful kiram yg sy hormati..Hari ni sy akan memaparkan sebuah coretan yg  berkisahkan tentang wanita yang ditalak suami(cerai) wanita yg ditinggal suami (gantung tidak bertali) dan kisah wanita yang seangkatan dengannya..Ketika membaca artikel ini, saya begitu berminat dengan coretan seorang hamba Allah ini sehingga mengajak saya sama-sama mengadaptasikan kisah-kisah yang berlaku disekeliling kita sekarang.Dengarkan kisah yang telah dirungkaikan
oleh Puan SUZANA BT GHAZALI. Perunding pakar psikologi dari Firma Guaman Syarie.....

“Jika satu hari nanti anak saya 'membuang' ayahnya, saya harap orang ramai tidak menyalahkan mereka kerana mereka terlebih dulu 'dibuang' ayah sendiri,” katanya. Ayat yang saya boldkan di atas ini adalah petikan kata-kata seorang wanita yang masih bernama isteri dan semestinya akan kekal sebagai seorang ibu, kepada wakil sebuah akhbar tempatan, semalam. Saya yakin ramai yang tahu tentang ayat keramat ini sebab saya terjumpa banyak komen berkaitan dikemukakan di Facebook. Tak mustahil, ramai yang memanjangkannya ke kumpulan emel masing-masing.

Saya yakin, ayat keramat di atas menjadi perbincangan hangat disebabkan kebelakangan ini, kes buang ayah dah mula popular. Daripada komen-komen berkaitan, ramai yang menyuarakan tentang hukum karma, what you give you get back dan pelbagai reaksi yang secara tersiratnya, mengikut pandangan saya secara peribadi, seakan-akan menyokong fenomena seperti ini berlaku.

Kalau dikutkan, memang padan lah dengan muka si ayah yang membuang anaknya satu masa dahulu yang menyebabkan kini, si ayah pula dibuang oleh anaknya sendiri. Bagi ibu tunggal yang diceraikan suami ataupun ibu tinggal yang bekas suami atau suami hilang tanpa khabar, mungkin bersetuju 100% dengan kenyataan si ibu di dalam kes yang saya kemukakan di awal tadi.

Saya hormati pendapat anda! Namun, saya membantah keras pendapat tersebut! Maafkan saya! Saya bukan tak faham malah saya faham sangat-sangat. Seperti yang saya pernah maklumkan, saya juga adalah ibu tunggal yang diceraikan oleh suami yang enggan bekerja dan kini, tika perceraian bakal menyambut ulangtahun kedua pada awal Mac nanti, saya bersendirian menjaga, membesarkan, mendidik, melayan dan macam-macam lagi rutin wajib seorang ibu termasuk rutin wajib seorang bapa iaitu menyara tiga orang cahayamata berusia dua tahun hingga tujuh tahun. Sungguh! Saya faham sangat kekalutan, ketegangan, kerisauan, kepenatan malah tekanan yang dialami.

Satu perkara yang pasti, biar apa pun emosi yang kita sebagai ibu alami, jangan sesekali wujudkan rasa benci kepada ayah sendiri di dalam diri anak-anak. Mungkin ada kes si anak menyaksikan penderitaan yang dialami oleh si ibu menyebabkan rasa benci kepada si ayah wujud. Jika itulah keadaannya, menjadi tugas utama seorang ibu untuk mendidik anak-anaknya agar memaafkan kesilapan dan kesalahan si ayah. Pesankan juga, jangan sesekali diulangi kesalahan dan kesilapan tersebut. Pesankan juga, jangan putus mendoakan agar si ayah berubah sikap dan menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab satu hari nanti.

Kenapa perlu dipesan semua itu? Sebab hukum syarak pasti: setiap anak wajib hormatkan ibu dan bapa! Nak kata 'uh' pun dilarang sama sekali, ini kan pula sikap-sikap tidak baik seperti tidak pedulikan ibu bapa atau membuang mereka terus.

Terus terang, bekas suami saya dah lama tak hubungi anak-anak. Nak bagi nafkah memang jauh sekali sebab kerja dia pun tak menentu. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak disaman di mahkamah? Boleh ja nak saman tapi di dalam kes saya, menyaman bekas suami sebab gagal memberikan nafkah bukan yang terbaik disebabkan dia sendiri tidak bekerja tetap. Jika disaman kemudian dipenjarakan, akan lebih memudharatkan keadaan. Sebab itulah, saya mengambil langkah berlembut tapi tegas. Saya balas SMS bekas suami tika tanyakan khabar anak-anak dengan satu pesanan: kalau sekadar bertanya khabar melalui SMS yang sah-sah saya akan baca, tiada gunanya. Perceraian antara kami tidak memutuskan hubungan dia dengan anak-anak. Bererti tanggungjawab sebagai Abi tetap perlu dilaksanakan: beri nafkah, kasih sayang dan perhatian! Kalau tak nak beri semua tu, baik tak perlu SMS sekadar tanya khabar.

Mungkin marah dengan SMS tersebut, sejak lepas raya puasa ari tu, hingga kini tiada lagi khabar daripadanya. Ulangtahun kelahiran Ayuni pun tidak diberi ucap selamat. Saya yakin, Ayuni faham bila saya jelaskan, mungkin Abi sibuk bekerja sebab tu lupa nak ucapkan birthday!!

Alhamdulillah, hingga kini anak-anak tak benci Abi. Malah baru-baru ni ja, Mak saya tanyakan kepada Suhail yang memang lebih rapat dengan Abi, tak nak jumpa Abi ker? Suhail akan jawab, nanti bila Abi datang, Bang Chik jumpa la!!

Saya takkan halang. Jika itu yang berlaku satu hari nanti, silakanlah bertemu. Sebab saya tak nak anak-anak yang saya cintai menjadi anak yang derhaka. Biar Abi tidak menjalankan tanggungjawabnya sebelum ini, bukan bererti anak-anak boleh lupakan Abi begitu sahaja. Anak-anak takkan lahir ke dunia ini hanya dengan ada ibu atau ayah sahaja. Perlukan ibu dan ayah untuk satu kelahiran bermakna!

Darah ibu atau ayah yang mengalir dalam diri si anak, tidak boleh dinafikan biarpun si anak tidak dijaga atau diasuh oleh ibu atau bapa mereka. Manusia bersalah dan mereka yang bersalah berhak dimaafkan walau mereka masih belum memohon maaf! Kita yang masih waras dan sedar mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu mereka yang bersalah ini agar segara sedar dan kembali ke jalan yang benar dan diredhai Ilahi. Cara paling mudah ialah berdoa, berdoa dan terus berdoa.

Saya nak tanya kepada para ibu semua; nak ke anak yang kita didik dengan penuh kasih sayang menjadi anak derhaka? Walau bukan kepada kita tetapi jika si anak bertindak biadap kepada si ayah mereka yang tidak pedulikan mereka selama ini, ia tetap dikategorikan sebagai anak derhaka! Nauzubillah! !

Tolonglah!! Saya merayu kepada semua ibu; jangan biarkan kebencian bercambah! Jangan benarkan anak-anak kita hidup dalam emosi benci. Kebencian akan mewujudkan dendam. Malang lagi jika dendam yang disimpan diluahkan kepada bukan yang sepatutnya. Kajian membuktikan, kes keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada kebencian dan dendam yang disimpan sejak kecil.

Kata-kata hikmah yang tidak b0leh dinafikan lagi: tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia! Kita sebagai ibu yang bertanggungjawab ke atas peribadi anak-anak pada masa depan, atas peranan dan tanggungjawab yang patut sebagai seorang anak, juga sebagai seorang ibu dan ayah bila tiba masa anak-anak memegang status itu nanti.

Rayuan saya: jangan panjangkan kebencian! Ajarkan kemaafan! Berikan anak-anak ketenangan fikiran, penuhi dada mereka dengan ilmu dan iman, insyaAllah, mereka akan menjadi anak yang soleh kepada kita juga bekas pasangan kita. Mungkin kita tidak ditakdirkan bersama di dunia namun tidak mustahil, berkat usaha dan doa bersama, satu keluarga akan kembali bersama di akhirat nanti, insyaAllah!!

Adaptasi oleh: Qasih aysha
Nukilan    oleh: Puan Suzana bt Ghazali
Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.