"" Selamat Hari Raya Aidilfitri ""



Salam Ramadhan dan salam lebaran buat keluarga tercinta,saudara mara dan sahabat-sahabat seperjuangan di Malaysia dan juga yang berada di luar negara yg mengenali diri ini atau kepada sesiapa jua yg mengunjungi blog sy ini...

 Ermm..sedar atau tidak kita sebenarnya sudah ke penghujung Ramadhan,sisa-sisa Ramadhan yg berbaki hanya tinggal sehari sahaja lagi bagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri..sedih dan pilunya rasa hati ini disaat-saat perpisahan dengan bulan Ramadhan yg mulia ini.Kadang-kadang bermain difikiran sy,adakah sy ini masih diberi peluang utk bertemu lagi dengan bulan yg mulia lagi suci ini di tahun hadapan??..semua itu hanya Allah yg maha mengetahui kerana Allah lah yang maha berkuasa lagi maha berkehendak..
  Ramadhan banyak mengajar kita erti kesabaran,tambahan pula sy kini berada jauh dirantau orang tanpa keluarga tersayang disisi membuatkan sy lebih menghayati apa itu Ramadhan..Di bulan segala bulan ini juga kita dapat lihat umat Islam berlumba-lumba dalam mengandakan pahala ibadah masing-masing..tambahan pula di saat-saat akhir ramadhan sebegini..Pada bulan Ramadhan kali ini sy rasa amat bersyukur kerana nak dikatakan setiap hari rezeki melimpah,itu la yg dinamakan kemuliaan bulan ramadhan..Setelah hampir sebulan berpuasa akhirnya kita sampai jua di pengakhiranya..bagi kaum Hawa seperti kami tidak dinafikan akan sibuk memikirkan juadah apakah yg akan disediakan pada hari raya nanti..alhamdulillah juga kerana tahun ini sy bisa membuat beraneka kuih raya hasil tangan sendiri,walaupun semua itu bukanlah minat sy sebelum ni.
  Dikesempatan yg ada sy ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali diri ini..Salam Kemaafan dan Salam Lebaran dari sy qasih Aysha

  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.