Wanita Solehah itu Impian Kaum Hawa




                                             
                                              
Citra diri wanita solehah
terpamer pada riak zahir
unggul  peribadimu teguh iltizammu
tak mungkin kau gadaikan
pada kerakusan dunia
yang menipu dan menyesatkan hala tuju.



Peliharalah sifat malumu,
yang menjadi lambang kemuliaanmu
di tempat tertinggi
melengkap sifat mahmudah
menghindar sifat mazmumah


Kuiimpikan terbina kukuh mahligai cinta,
bersulamkan ikatan kasih sayang suci,
bersama wanita unggul peribadi
yang tidak pernah jemu

memberiku suntikan semangat
yang kian pudar warnanya.

Kiranya aku diberi pilihan,
selaut harta atau kecantikan zahir
serba salah aku dibuatnya ,
ibarat mengunyah si buah malakamo
melainkan aku bebas memilih
wanita dengan keluhuran budi
dan keimanan  tinggi

Kau pasti tidak merelakan,
tangan tangan rakus
mencabul kemuliaanmu,
melainkan kau sendiri
menghulurkan tanda reha
dengan bibit bibit noda
yang kelak menjadi hujan api
membakarmu di sana


Kau tegur dengan keimanan kukuh,
menepis godaan mendatang,
biarlah kau nyatakan
imanku tidak boleh dijual beli'
pada mereka yang menyogokmu
segunung emas



Aduhai  wanita solehah
berbahagialah  kau kelak
andai kau rela
menderita di sini....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.