~Wanita bukan Islam mohon jadi peguam syarie~

                                                     Victoria

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang bukan beragama Islam semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.
Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama.
Victoria, 48, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran belum ditetapkan.
* salam to semua...terkesima sy apabila membaca keratan di atas..iye lah mana tidaknya selepas isu penggunaan kalimah Allah yang dihebahkan tak berapa lama dahulu, kini muncul pula isu wanita kaum india yang BUKAN beragama ISLAM ini berusaha sesungguhnya untuk dapatkan tapak baginya sebagai peguam syarie.. 
nha wanita India xde asas ISLAM ni nak jadi peguam SYARIE??? macam-macam lah...
sekiranya permohonanya ( Victoria ) ini diluluskan, saya yakin banyak akibat buruk yang akan berlaku..
saya harap tuan-tuan hakim yg bijak pandai sila fikirkan yang terbaik dan buat keputusan paling baik untuk agama kita ISLAM..
apa yg penting " hujung dan pangkalnya kita dah tahu yang mana ruasnya.."
Semoga maruah Islam terus dipelihara dan dijaga..amin

di petik dari laman kosmo online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.